Maklumat Penanaman Celosia Prestige Scarlet

Celosia Cristata Prestige Scarlet

Maklumat Penanaman Untuk: Annual Celosia Prestige Scarlet
Nama Biasa : Celosia
Nama Botanik: Celosia cristata
Kiraan Biji Benih : 40,000/auns 1,400/gram
Suhu Percambahan Optimum: 70-75 ¡ãF / 21-24 ¡ãC
Suhu Pertumbuhan Optimum: 65-75 ¡ãF / 19-24 ¡ãC
Penghasilan Anak Benih ¨C 4 weeks
Peringkat 1 (Hari Pertama - Ke-10) - Semaikan biji benih dalam tanah campuran yang telah dikeringkan dengan baik dan jangan menutup dulang. Pastikan suhu tanah adalah di antara 70-75¡ãF/ 20-24 ¡ãC. Percambahan akan mengambil masa 7 hingga 10 hari. Memandangkan sistem akar amat sensitif, elakkan pemindahan dengan menyemai terus ke dalam sel dulang.

Peringkat 2 (Hari Ke-10 - Ke-19) - Selepas anak benih kelihatan, letakkan dulang secara mendatar pada kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik dan kurangkan suhu ke 65 - 70¡ãF/ 18-21 ¡ãC semasa siang dan 60-65 ¡ãF/15-18 ¡ãC pada waktu malam. Bubuh sedikit baja dengan kadar Nitrogen 50-100 ppm. Penyiraman keterlaluan akan menyebabkan penyakit; terutamanya damping off dan botrytis.

Peringkat 3 (Hari Ke-20 - Ke-27) - Kekalkan pengudaraan yang baik dan kadar EC pada media kira-kira 0.5 hingga 0.7 mhos. Celosia adalah sensitif terhadap jangkamasa siang dan sebarang jenis tekanan; seperti air dan suhu yang tinggi. Elakkan tekanan pada anak benih kerana ianya akan mengeluarkan berbunga terlalu awal dan menyebabkan pertumbuhan terbantut kemudian. Celosia akan berbunga dengan lebih awal dalam keadaan masa siang yang pendek.

Peringkat 4 (Hari Ke-28) - Anak benih sekarang telah sedia untuk dipindahkan dan anda perlu mengambil perhatian supaya tidak merosakkan sistem akar yang sensitif. Anda disarankan memegang daun Celosia supaya akarnya tidak dirosakkan secara tidak sengaja. Juga, elakkan dari pemindahan yang terlalu mendalam supaya rhizoctonia dapat dielakkan. Jangan terlalu lambat memindahkan anak benih. Jika ianya berada dalam dulang semaian untuk masa yang terlalu lama, pertumbuhan kemudian akan terbantut dan ianya akan berbunga terlalu awal.

Pemindahan Sehingga Pembungaan 6 ¨C 10 minggu

Media: Pilih media yang telah dikeringkan dengan baik dengan caj pendahuluan yang rendah. pH ideal adalah di antara 5.5 hingga 6.0.

Suhu: Kekalkan suhu tanaman pada 65-75°F /19-24°C.

Cahaya: Kadar cahaya yang tinggi - cahaya matahari yang penuh adalah paling baik

Growth Regulator: Tidak perlu. Jangan petik.

Pembajaan: Bubuh baja 150-200 ppm N seperti yang diperlukan untuk mengekalkan kadar E.C. pada 1.0 hingga 1.4 mmhos (2:1 berlumpur). Kandungan Potasium yang mencukupi dalam baja adalah penting. Kekurangan Potasium akan mengakibatkan pertumbuhan bunga yang terlalu kecil dan tidak berbentuk normal.

Perhatian: Celosia Kimono perlu dibiarkan tumbuh bagi mencapai saiz yang dikehendaki sebelum pembungaan memperlambatkan pertumbuhannya. Celosia mungkin boleh dijangkiti pythium, downy mildew, botrytis, rhizoctonia, aphids dan thrips. Kekurangan Boron boleh menyebabkan kecacatan pada tanaman dan menyebabkan witches broom. Celosia juga sensitif terhadap gas yang mengewap untuk sesetengah herbisid seperti methylurea, methoxy, dichlorophenyl dan dichlorobenzonitrile. Juga, elakkan dari suhu yang terlalu rendah (di bawah 61°F / 16°C).

Jadual dari pemindahan:
Pek Jumbo: 6 minggu selepas semaian; dijual semasa tanaman masih hijau
Pasu 4 inci /10 cm: 10 minggu dengan bunga

Pemasaran: Celosia Prestige Scarlet amat sesuai untuk jualan semasa musim luruh dalam pasu 6 inci / 15 cm. dan gelen. Untuk jualan semasa musim luruh, sila gunakan jadual berikut: -
- Semaikan biji benih dalam bulan April
- Pindahkan ke taman atau bekas yang besar dalam bulan Jun
- Tanaman akan mula berbunga dalam bulan Ogos dan terus berbunga sehingga musim sejuk